Kenali Kelulut

(Gambar sekadar hiasan. Sumber dari google)

Kenali Lebah Kelulut
* Lebah kelulut adalah lebah yang tidak bersengat (stingless bee)
* Lebah kelulut tidak merbahaya (of course la... sebab tak bersengat)
* Terdapat hampir 500 spesis kelulut diseluruh dunia
* Madu yang dihasilkan sangat berguna dan mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan
* Lebah kelulut adalah agen pendebungaan yang berkesan

Kelulut adalah dari sub family Meliponinae atau lebih dikenali sebagai lebah tidak bersengat, berupaya menghasilkan madu, debunga dan propolis sama seperti lebah madu biasa. Bezanya, kelulut tidak bersengat dan menghasilkan lebih banyak propolis berbanding lebah madu sebagai mekanisma pertahanan diri yang berfungsi mensterilkan sarang daripada gangguan organisma lain seperti bakteria, cendawan, virus dan pemangsa. - sumber http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/lebah-kelulut-uthm-1.140772#sthash.SGvPckv9.dpuf



 (Gambar sekadar hiasan. Sumber dari google)



Kenali Madu Kelulut
* Madu kelulut mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding madu lebah biasa
* Rasa madu kelulut sedikit masam.
* Selain daripada madu, lebah kelulut juga menghasilkan propolis dan bee bread
* Madu kelulut terbukti dapat mengawal dan menyembukan pelbagai penyakit kronik

Kualiti propolis kelulut sangat tinggi. Kandungan anti oksidanya adalah 403 kali ganda lebih tinggi daripada jeruk manakala kandungan fenol pula 320 kali ganda berbanding epal merah. - sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/lebah-kelulut-uthm-1.140772#sthash.SGvPckv9.dpuf

Kedua-dua unsur ini berfungsi dalam penyembuhan pelbagai penyakit. Propolis juga mempunyai unsur anti-bakteria dan anti-virus yang sangat bermanfaat kepada manusia. Selain itu, kajian secara saintifik mendapati madu kelulut sebagai sejenis ‘tonik’ mempunyai ciri-ciri anti-radang, anti-parasit, dan telah menunjukkan potensi merawat penyakit berkaitan gusi, gastritis dan ulser. - sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/lebah-kelulut-uthm-1.140772#sthash.SGvPckv9.dpuf

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut#ixzz3oL5qmbgi 






No comments:

Post a Comment